I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 12 August 2012

j o d o h

amboii kemaen tajuk. huu. nak menghabiskan sisa sisa masa before berbuka neyh, agak rajin lahh nak search itu ini. dari tak buat apa. dah la penat nya hari ney. giler pukul 4 lebih dah rasa nak g teguk air je. haus nak mati. haha over cam budak budak baru belajar puasa pulak.
memandangkan masalah yang sedang dihadapi sekarang, sebab tue la search pasal jodoh. huehue okayh, aku jumpa artikel neyh :

Namun, yang paling tidak dapat diterima "tanpa disedari' oleh kebanyakan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.
Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memanjukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai rukun iman. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

Mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun, sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermati-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan Tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita walau apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya Tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

aku neyh pun tak la baik sangat nak cakap pasal hal agama ke apa. kang ada pulak yang cakap aku poyo bajet alim pulak kan. tapi tak salah kot aku nak share benda neyh. harap dapat bukak mata kite semua la ye. sape je la kite ney kan, manusia yang mudah alpa . lagipun sharing is caring kann :) so, benda ney peringatan untuk diri aku sendiri. iman kena kuat dalam apa jua cabaran, dugaan dan ujian yang Allah bagi.

kalau nak baca penuh, tengok kat blog dia. tekan siniii :)

Thursday 2 August 2012

entry panjang nama nya..

assalamualaikum :) huu, setelah lama tidak berblog -.- busy ? takk. cuma takde mood nak taip. kadang dah taip, tapi takde mood nk publish. eh ? haha. ok lahh, salam ramadhan. syukur Alhamdulillah, dapat berpuasa di samping keluarga tercinta..seronoknya hingga tak terkata..cuma penat sikit lah kann, sebab keje..haha macam aku sorang je keje bulan puasa neyh..takde la penat sebenarnya, tapi tahap mengantuk yang melampau lampau tu je. tersengguk sengguk aku kat opisss.

syukur Alhamdulillah jugak boss aku tak cerewet. cuma dia orang yang tersangat kemas. nama pun dia yang uruskan 5S tue kann. memang lah semua kena Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke. aku under Kaizen Office. manager cina lelaki tua. staff dua orang je. cina jugak. terbangak bangak aku bila dorang cakap cina pastu gelak menggila. cina sama cina cakap cina je. melayu je over sama melayu nak cakap omputihh. hoihh :3 tapi dorang neyh baik. setakat nak dekat sebulan neyh, yang aku nampak baik la. cakap pun lembut je. takde pun nak perintah perintah ikut suka. takde lagi la aku kena buat air teh ke kopi ke. yela, cina kan minum air masak je. deguk deguk deguk taw bunyi dorang minum. nasib bulan puasa neyh dorang sopan. hee so far, aku suka la praktikal kat sini. Alhamdulillah, setakat neyh takde masalah lah. hope biar lah sampai habis praktikal aku happy je kat sini.

yela kan, masalah kalau nak datang bukan mengira masa. elok tengah aku online fb kul 6, tup tup 6.58 aku tak boleh bukak fb dah sebab kena hack. wehh, kena hack bukan yang macam first dulu taw. gile terokk kali neyhh.

see. status pertama si hackertuihh, PLAYGIRL IS ME. hahaha ! status kedua lagi la hahahahhahaha ! setahu aku la kan, playgirl neyh selalu nya orang cun cun je. orang tak lawo macam aku neyh sape yang nak der ? lagi mau cakap playgirl. pelik aku. kenapa tak printscreen je kat inbox aku mana mana chat dengan jantan jantan yang aku panggil sayang , baby, bie, boo, anje, darling, . kenapa eh ? ohh. takde la pulak. cmane nak printscreen kan ? tu yang printscreen benda lain tu. status kedua tu kan, jenuhh sampai skrg aku dok fikir. sape la pulak yg aku rampas. aku siap tanya ayah aku lagi pakwe sape yang aku rampas. kalau betol lah ada kan, hebat jugak ehh aku. huihh, terror lah aku berjaya merampas balak orang ! haha, bodoh :D wekk!


sumpah wehh, aku terharu gilerr bila ada orang perhati aku dari sekolah lagii. waktu aku sekolah kann, aku cuma pernah libat kan diri dengan lelaki seramai 4 orang jerrrr. dari form 1 sampai lah ke form 5 uolssss. aku suka kacau laki orang ? tapi chat pilihan ? chat aku dengan laki orang ke ? dah lah benda yang kau printscreen chat dengan perempuan. yang dengan laki pulak, macam takde motif kau printscreen. haha tapi buat caption sikit gempak la kann. haih kau neyh, jangan la menyorok belakang bayang bayang aku. segan aku taww. meoww :3 kalau kau baca blog aku neyh, confirm sumpah seranah caci makian kau lemparkan kepada hamba Allah yang lemah ini kan. aww . 

huaa, bye sayangg. sedih nya mummy bila anakanda sudah pergi :(  hew hew hew . haha kelakar bila dengar meor gelak macam tuh ! bhahaha ! eh! termasuk nama meor pulak. sory sory, keadaan memaksa untuk sy masuk kan nama anda. sebab! deyy, satu fb aku dah taw taw pasal isi tersurat tersirat kandungan inbox tuhh. gilerr malu aku nak berdepan. haih, tapi malu itu sweet. agaga ~ berbulu la ko setann..dah la cakap aku playgirl, pastu cakap aku sombong. haih, playgirl salah, sombong salah. hahaha ! aku sombong sebab aku mahal. kepada orang orang yang mengata aku sombong tu, ce tegur aku dulu. aku neyh pemalu sikit nak tegur orang. haha :D takde nya aku neyh tengin sangat kalau orang baik ngan aku, aku buat taik pulak. tengin taw tengin ? macam bingung lah lebih kurang. hehek dont worry :) aku takde kuasa nak malu kan orang. please lahh, kat blog neyh pun aku hangin mengamuk pun kat mak tiri aku je. sila lah cari bukti di mana aku malu kan orang tanpa sebarang sebab. aku paling kuat menyampah pun kat orang, aku diam terus je. yela, kalau aku still nak amek taw, stalk orang yg aku menyampah tu, tak ke tu menunjukkan betapa aku sayang nya kat orang tu bukannya menyampah ?? 

takpe lahh, negara kite ada undang undang kann..terlepas kat dunia, kat kubur esok acane ? Allah Maha Adil. mana lah taww esok tetibe ko lumpuh ke, strok tak mampu nak cakap ke sampai tak sempat nak mintak maaf kat aku kann. kang tetibe ko tengah syok jalan jalan sembang ngan kawan ko pasal aib aku tetibe ko tersadung terus jadi cacat ke. kite tak tahu kan kehidupan kite. hamboii, kemain ayat kejam aku. tapi tu lahh. orang yang penah kena macam aku taw lah kot camne rasa nya. aku tak laa doa kan camtu. cuma biasa lahh, ko bagi aku pengajaran, tak kan ko tak dapat pengajaran kan ? bak kata Norish Karman dalam paper ari tu yang pasal kes gamba konon dia baru bersalin tue kn, *kemain detail. haha. ha, kan dia kata dia berserah semua nya kepada Allah. biar lah hidup dia dikutuk Allah kerana membuka aib orang. aku neyh pun tak lahh baik bebenor kan. tapi untuk buka aib orang, jatuh kan maruah orang, bagi aku manusia macam tu tersangat sangat lah keji akhlak nya..

kalau kau baca blog aku, sila lah berhubung dengan aku secara peribadi untuk aku mengetahui balak ko yang mana aku rampas, masa dan tempat nya aku sombong dengan kau, dan pada tahun bila aku malu kan ko? hehe. dah macam peraduan jawab soalan dan menang iphonggg dahh .
''
huu, ini lah padah nya bila dah lama tak menaip -.- tapii, aku nak sambung lagi. haha. semalam Alhamdulillah, rezeki dapat berbuka kat Heritage. hee, ayat cam aku yang belanja. hahaha. giler sedap lahh makanan nya. perghh. teh tarik giler kaww. berbuka kat hotel, teh tarik yang dipuji -.-''


nampak takkk ? haha. semua aku makan ok. tapi kuantiti sikit sikit la. air bermacam jenis. semua sedap. tak manis sangat, tak tawar sangat. heh, tawar pun ada sangat sangat ke. nasi briani, spagetti, nasi ayam, kambing, satay, laksa, kuih, buah, kek. banyakkk..nak upload banyak lagi gamba. tapi loading gilaa. terus aku cancel. tapi satu gamba neyh je aku nak masuk jugakk.


taraaaa ! kalau lah mak tiri aku tengok gamba neyh. hahahahahaha :D neyh pun ayah aku nak kena cakap baru nak peluk. yela, asyik gamba je tangan straight, tak pun tangan silang. bila aku cakap, ayah neyh gamba asyik cmtu je. ce peluk ke. ha, terus ayah aku buat camneyh. hee . suka sangat gamba neyh. love you ayah ! kalau ayah aku pun kuat menghadapi macam macam, kenapa aku tak boleh jadi kuat macam ayah kan ? :)


Thursday 5 July 2012

:(

nak luah kat sape pun dah tak taw . kenapa lately neyh banyak sangat benda jadi . lepas satu , satu datang . aku pun manusia biasa . sama je ada perasaan macam semua orang . kenapa sampai kisah hati aku pun nak jadi bahan mainan anda anda ye ? jealous eh eh dengan kekuatan kasih sayang aku . hewhew . tue lahh , nak cakap aku bodoh ke , perasan ke , over ke . hurm , semua benda tue ada kaitan ngan korang ke pun ? perasaan aku neyh mengganggu rutin harian sesiapa ke pun ?

kalau rasa kesian kat aku, kenapa tak terus cakap dengan aku ? kenapa mesti nak bercerita kat orang lain ? kesian ke macam tu ? oh, aku tak nak masuk campur . tak nak masuk campur ? baik diam kan je diri tue . tak kesah la nak kata aku buta ke pekak ke . yang rasa manis, pahit, pedas tu aku sorang je rasa . sikit pun aku tak sua kat korang . aku makan Ferrero Rocher . aku cakap sedap . tapi korang taw ke rasa sedap dia macam mana ? aku makan asam pedas opah aku , aku cakap pedas . korang rasa jugak ke pedas nya ? 

 ye , kebodohan dan kesilapan aku bila cerita dekat orang orang yang aku tak taw sama ada suka atau benci aku . ada kawan kawan aku yang akan cakap , aku sentiasa kat belakang ko . ada yang cakap , dari A baik B . ada yang akan cakap , sukati ko la . tapi yang sukati tu la yang begitu mengambil berat pasal aku . seyesss, habis semua dia taw . dari A-Z . aku pun pelik . aku ke dia yang berhubung neyh ??

takpe la , apa pun jadi kat diri aku . sakit cmane pun, bukan korang yang akan tanggung . jangan risau . pandai pandai aku la . yang sakit, yang jatuh , yang merana , yang kecewa . semua tu aku yang rasa . aku kecoh kecoh pun kat blog je . xpun facebook . agak agak menyampah nak baca , unfriend aku . aku tak suruh pun sape sape baca .

Tuesday 3 July 2012

nak lari jauh jauh .

kenapa la aku diuji sedemikian rupa ? apa salah aku ? kat mana silap aku ? aku rasa , aku lah manusia yang berumur 20 tahun yang paling berat sekali menanggung masalah dalam dunia neyh -.- kat sape aku nak lepas kan beban bebanan hidup neyh ? ya Allah, kenapa la badan aku tak kurus kurus jugakk . selalu , orang yang ada masalah berat, senang je kurusss . kenapa aku tak macam tuee ??? sedeyh ! masalah gemuk nya , masalah keluarga nya , masalah jiwa nya , masalah mental nya -.-' demmmmmmmmmm !

Syukur, aku masih ada orang sekeliling yang sayang aku . aku ada opah yang menjadi kekuatan aku . opah segala gala nya bagi aku . aku sayang kat opah aku :( terima kasih juga diucapkan kepada kak ct aku yang menjadi teman sahabat sejati aku . huaa . kenapa ayat aku macam ney ? just nak menunjukkan betapa penting nya 2 orang tue pada aku . 

sedikit cebisan, aku berharap bila aku dewasa kelak , aku akan menjadi seorang wanita , isteri serta ibu yang baik macam opah aku . sebising bising mana pun opah aku berleter, anak anak tetap menjadi keutamaan . sumpah aku bangga dapat opah macam neyh . kalau lah opah aku baca blog aku neyh, mesti opah aku dua kali ganda bangga dapat cucu macam neyh . haha

nak meluah kan masalah kat sini pun tak boleh jugak, membuka aib orang . tak baik tak baik . aku jadi jahat kalau nak mengutuk mak tiri aku je . haha . yee, kepada mak tiri . aku dengan rasa riak dan takbur nya nak cakap yang aku rasa aku dah jadi pemenang kepada game yang kau ciptakan . sila suruh anak anak kau menyampaikan hadiah wang tunai beserta trofi kepada aku . ^^,  huhu tapi tue la . masalah dengan kau neyh, sampai bila bila pun tak kan selesai .

ok . aku nak cakap sikit pasal masalah jiwa neyh . first time ye aku nak bukak kat sini . 
baca dengan teliti sebab aku taw kau baca blog aku . aku bahagia dengan hidup aku sekarang . aku lagi selesa bila takde terikat dengan sesiapa . anggap lah kite takde jodoh . satu hari nant, mesti kau akan jumpa perempuan yang jauh lagi baik dari aku . yang dapat sayang , cinta kau sepenuh hati . maaf, tapi jangan desak aku lagi . sebab jawapan aku sampai bila bila tetap sama . 

sekian .



Friday 29 June 2012

dah bersedia ?

yee..tinggal lagi seminggu je before aku nak start praktikal . ouhh , sangat pantas jarum jam tu bergerak gerak mengikut arah jam . masa memang lah selalu nak cemburu dengan aku . apa kena nya ntah . suka nak dengki ngan aku . time tengah feeling feeling layan perasaan gedik gedik berdating pun sama dengki jugak . cepat je dah sampai rumah balik . ce kalau aku pegi klinik kesihatan yang nak kena tunggu ramai ramai panggil ikut number giliran tue . pukul 8 sampai , pukul 11 baru settle . 3 jam tuuuu . tak pulak aku rasa cam 3 minit -.-'

gile okayhh . serius tak ready lagi nak menjalani Latihan Industri neyh . dulu masa mula mula masuk poli, tak penah pun aku terfikir nak kena ada praktikal cam gini . holaa . aku ney dah la pemalu . haha ! cmane aku nak berdepan dengan orang ? ye . keyakinan diri memang kena ada . harus kuat mental dan fizikal . tapi masalahnya, aku tak bersedia . grr

sememang nya aku rasa cepat sangat cuti sem kali neyh berakhir . dan tak semena mena aku rasa cuti sem kali neyh la yang paling kejap diantara sem sem lain . hahaha . masa awal awal cuti je aku rasa mendap giler xtaw nak buat apa . time tu memang aku rasa , ya Allah , apa aku nak buat dengan hidup aku neyh . keluar sana , keluar sini , menghabiskan duit mak bapak je. -.-  eh, harus lahh . sape lagi nak habis kan duit tu kalau bukan aku kan ? :D asyik orang lain je tolong habis kan . meh aku tolong meh . hewhew

hoihh , pape je la . aku berharap , aku okayh di masa praktikal nanti . hope takde pape masalah yang timbul hingga membuatkan aku sakit jiwa . takde yang menganggu gugat mental dan fizikal aku . ye, harapan nya semua berjalan dengan lancar . amin ~

Wednesday 27 June 2012

:)






Wanita sejati bukanlah seorang yang ada ramai lelaki dalam hidupnya tetapi apabila dia mampu menolak ramai lelaki hanya demi seorang lelaki yang dicintainya ♥




Tuesday 26 June 2012

pulau pinang

haaa . hari neyh baru ada mood nak cite pasal holiday . haha setelah sekian lama terpendam . huu . okayh , setelah sesi pujuk memujuk merajuk memberontak mendesak memaksa , dapat lahh g penang . huaa , penang lagiii . ye , itu yang paling dekat . so , syukur Alhamdulillah . dapat jugak pegi bercuti dengan ma n adik adik. giler excited aku lalu jambatan pulau pinang tueee . yela, dah lama giler aku tak lalu situ . ritu aku pegi penang pun tak masuk sini . ingat balik nak naek feri . tapi ma aku tak nak pulak . laen kali kite datang , balik tue kite naek feri eh . ma aku pujuk :(


masa tengah tunggu ma check in . giler macam izara aisyah muka aku ! hahahaha


ntah apa motif ika buat muka camtu aku pun xtaw -.-'



Eastin Hotel . superb ! sebelah je dengan Queensbay . so, malam g Queensbay , esok nya pun pegi jelajah lagi sekali . pusing meround semata mata nak cari FIPPER ! so puas la . dah macam explorace aku ngan adik adik aku mencari . kak, kat sini ada fipper ? ada . kat depan wayang tingkat 3 . erk . wayang kat area mana pun aku tak taw . so pusing pusing . jadi la baju selai selipar satu :D 


sampai sampai tue dah petang kan . sebab kitorang pun gerak lewat jugak . dalam pukul 3 cam gitu . dah sampai , letak beg . golek golek kejap , turun swimming pool . haha kelakar sikit hotel neyh . maklum lahh bukan selalu tido hotel mewah . hewhewhew semua bnda nak kena touch card . lift ada dua . masuk lift kena touch card . kalau tak bawak card, masuk sehelai sepinggang , memang tak gerak la lift tu cite dia . g swimming pool kena masuk kat gym dulu . haa , swimming pool dy kat tingkat 3 . gym tingkat 2 . so, mendaki sekejap . haha


masa second day tue kan, ada sorang makcik neyh usha je kitorangggg mandii . haihh , tue la susah bila puteri puteri keluar dekat khalayak umum neyh . hahaha ! ntah apa motiff makcik tue nak tengok kitorang ntah . tak beragak betoii . bukan kitorang pakai bikini punggg . 


ada sama ? tapi ramai cakap muka aku ikut muka daddy aku . yela, daddy i kan handsome . so, mana tumpah nya kuah kann . hewhew muka dirah neyh ikut muka mummy . erk . mummy ?? mummy monster ?? no no no , ma is much much better . haha 


kami pegi bercuti 4 beranak jer . kasut ? toink toink .


last day , kitorang pegi Taman Rama Rama je . nak pegi museum toys . tapi tak nampak signboard , otw balik lalu . pastu jerit , ma ! museum toysss !! tapi dah terlepas kann . takde rezeki :(


aku pun tak pasti la antara dua gamba neyh mana satu ma aku cakap aku kurus . har har har


yang ini kah ? hewhew 


kat dalam tu kann , eww geli hokengg . ada cacing gergasi . haha cacing ke ? ulat gonggok kott . ntah . tapi yang pasti kaler hitam binatang tuhh . 


ha tue diaa . makanan ruji dia timun kott . haha 


apa ke nama haiwan neyh ? iguana eh ? hee . besar gedabak !


anak ngan mak :D


semangat kewarganegaraan adik adik aku neyhh . macam pegi obersii je . haha


taman rama rama sekarang neyh kan dah besar . macam macam ada . so, neyh yang paling excited aku tengok. kumbang muka manusia . sumpah teruja . dah la chumelll :) first time tengok depan mata :p




tolong ! tolong ! tolong terbalik kan saya ! haha cute kumbang terbalik neyh .


nak baca tak sempat sebab kawasan kat sini macam kecik sikit . so, snap gamba je. 


gamba katak neyh banyak aku tangkap . sebab seronok maen cari cari mana katak . bila jumpa, tangkap gamba . ha, neyh katak yang paling dekat . 


besar kan ? tapi neyh tipu punya la :p


neyh betul . aku penah nampak spider macam neyh kat toilet umah . aku tak taw mana datang spider neyh . ntah imaginasi aku ke . khayalan ke fantasi ke . tapi memang betul aku nampak . sebab lepas tu , aku tengok dah mati . haha . aku memang suka nampak benda benda pelik -.-

lepas habis puas menjelajah kat taman rama rama , so berangkat lahh kami pulangg . cari dulu mana mana tempat nak makan . jumpa la restoran subaidah ke zubaidah ntah . ala yg ada kat melaka jugak tuu . kat dataran pahlawan tue . kedai mamak kaler pink tuu . hee . sekali sampai , nasi putih je tinggal . huu boleh laa . nasi lain dah habis . tak kesah , janji kenyang .


disebab kan ma aku jealous gamba dia tiada , maka nya dia memberi jari sebagai ganti . hurm , dah comey dah gamba neyh taww . ma neyhhhhh .


nahh . nk masuk sangattt . huuu . sweet ? :)

mereka adalah diantara kekuatan aku . macam mana teruk nya aku , gedik nya aku , malas nya aku , bajet nya aku , dorang tetap terima aku . sayang dorang sesangat !















Monday 25 June 2012

ini lah yang dipanggil sakit

toink toink . dah lama tak update .
seriously , busy . haha . busy sangat . dengan kenduri . ouh , kenduri kecil kecilan . sebab tu tak semua orang tahu . Alhamdulillah , kenduri selamat dijalankan .
kemudian busy dengan segala macam cerita . yeah , cerita yang dimacam macam kan .
cerita itu . cerita ini .
ouh , menyampah . tak suka ok . ouh , rimas dengan orang yang sebegini . ouh , tolong lah sedar diri .
biasa la hidup , mana nak mampu puas kan hati semua orang . nak puas kan hati sendiri pun tak mampu .
tapi jangan la sampai nak mencari pasal dengan orang .
semua orang bermaruah ok . bukan kau je taw apa itu maruah .
taw malu kena perli ? good . tapi patot nya kau lagi taw yang kau tak patot nak mencari pasal dengan aku .
aku tak cakap aku bagus , aku tak cakap aku hebat . tapi kalau kau sendiri yang menganggap aku neyh sebagai pesaing kau , so dah memang terang lagi bersuluh lah aku neyh memang jauh lagi bagus dan berganda lagi hebat dari kau kan ?
sebab tu kau jadi kan aku dan adik2 aku sebagai pesaing . pesaing untuk apa ? merebut ayah aku .
ohh myy daddy ! hubungan aku dengan ayah aku tak de talak . take note please . celik sikit mata tu .
tolong jangan nak mencipta bermacam macam agenda untuk kepentingan diri .
tak perlu nak memburukkan orang yang dah memang tersedia cantik .
kenapa perlu nak berkait ? tak perlu nak bermuka muka .
tak perlu nak bercerita macam kau tue hebat sangat .
tak perlu nak kecoh macam satu dunia neyh kenal kau .
aku penat ok . penat . penat mendengar cerita yang bermacam .
kau kena sentiasa ingat . kau kena sentiasa tahu . Tuhan tu ada . lain lah kalau kau jenis yang sesat .
Allah Maha Kaya . Allah Maha Adil . Allah Maha Mendengar . Allah Maha Melihat .
bau busuk bangkai tikus mampos kat ceruk mana pun , lama lama orang boleh jumpa jugak .
setiap kejadian Allah dah tentu kan . bagaimana jalan cerita nya sudah tertulis .
dan aku bukan jenis suka suka nak serang orang . tapi disebabkan kau nak bermanja dengan aku , dipersila kan .
bila kau nak cakap sesuatu , pasti kan kau tahu akar umbi segala cerita .
kalau nak tuduh aku , pastikan beserta bukti .
aku rasa , takde orang dalam dunia neyh yang boleh terima orang luar dalam keluarga .
tak payah nak persoal aku dan adik adik aku tak suka kau .
canang cerita sana sini . membuka aib orang .
semua orang boleh cakap , tapi hanya cakap .
sebab yang bercakap tu tak merasa . sebelum nak cakap , sila ambil masa untuk fikir jika diri sendiri di tempat orang yang di cakap kan tu .
nak memberi nasihat . perlu ke untuk orang yang tak tahu apa itu nasihat ?
setiap apa yang kite buat , kite akan dapat balik . ye , aku cakap untuk diri sendiri jugak .
kite sakit kan hati orang , one day , kite akan rasa balik cmane kite buat orang .

jujur , aku memang tak pernah dan tak akan maafkan kau .


aku rasa aku ada silent reader kott :)

Thursday 14 June 2012

oh sweet ! #2


cinta bersatu :)

di mata mu ku berharga
kau perlakukan aku
lebih dari mencintai diri mu

di dekat mu ku merasa
bahagianya aku
dapat ruang cinta mu

hanya kamu saja
yang mampu begitu
tulus
mengerti aku

kau sempurna bagi ku
tak kurang sesuatu
kau terima apa ada ku

ku sempurna bagi mu
tak kurang sesuatu
cinta bersatu

gaya mu
sifat mu
cara mencintai ku
yang membuat ku diri ku jatuh cinta pada mu

Wednesday 6 June 2012

manusia mudah lupa

nak meluah kan rasa isi hati jantung perut segala organ dalaman .
adik beradik .
aku ada 3 orang jer adik beradik .
semua perempuan aku punya adik beradik .
teringin nak lelaki . dapat .
comel giler . tengok kakak sulung lahh . haha
sikit je adik beradik aku . bertiga je .
dah la semua perempuan .
teringin nak ramai . 
tapi kang kalau ramai sangat susah pulak kan .
bergado lah , berebut harta pusaka lahh . cehh , bukan nak berebut mak bapak . berebut harta lagi penting .
gilosss .
pelik betoii aku nengok dalam sughat kabo skang .
macam macam cite kes mak bapak kena buang . 
adoii , kot ye pun dah hidup senang , dah kaya nak mampos , tak kan la tak boleh nak bela mak bapak kot ?
tapi ada yang buat buat kaya pun dah lupa diri .
pindah tempat gah sikit , dah tak nak balik kampung . geli . kononn .
giler lupa diri .
ya Allah, mintak simpang lah perangai aku cenggini .
so adik adik aku, beringat sikit bila da besar neyh .
jangan nak lupa jasa aku . haha tetibe ,
no , jangan nak cari pasal ngan aku . maksud nya , aku tak nak gado adik beradik . putus sedare bagai . tu orang giler je camtu . 
kite kena bersyukur dapat adik beradik . tambah sikit rasa kesian kat dalam diri tu kepada anak tunggal . tengok dorang, sorang2 je . kesian taw . so korang harus bersyukur dapat kakak gedik macam aku . tak kira la korang tak secomel dan secantik aku pun , korang tetap kena bersyukur . hahaha
so, bila bercouple , jangan sesekali nak lebih kan pakwe korang dari aku okayh ! amaran neyh . tambah2 kalau dapat jantan yang tak reti berbudi bahasa , agak2 tak nak aku post kat fb . eerk . kenapa mesti fb ? haha . agak2 tak nak kena hasut ngan aku suruh putus, baek berubah . haha
kalau suami laen cite lahh ye . neyh aku kata boyprenggg . 
yela , sok kalau susah pun , adik beradik jugak yang dicari .
sebab tu la ada pepatah mengatakan , air dicincang lumat sekali pun tak kan putus .
so, hidup jangan nak berlagak lebih , haha emosi .
lepas tu , jangan nak tunjuk protes je kat ma ayah . walaupun ! aku pn ada sikit cam tu haha
bukan apa , nak bermanja je :D
ma busy ke , ayah busy ke . jangan la nak pandang negatif je .
fikir sekali .
tak kan lahh sebab ayah tak nak bawak g makan char kuew tiaw , kau terus lupa hadiah birthday yang ayah bagi kau harga 100 lebih tu kann ?
maksud nya , jangan lah terus tutup semua kebaikan yang dibuat disebab kan hanya satu kekecik hatian . haha !
faham di situ ? bagussss .
so now, sila beringat okayh .

Tuesday 5 June 2012

busy nya haddoii !

rabu  - keluar pergi Mydin . pastu pegi Jusco Kinta City .

khamis - malam pergi Gerbang Malam sebab tak jadikk pergi stadium tengok hoki .

jumaat  - tengah malam drive thru McD . choclate shake . huu sedapp .

sabtu - Kampar . tolong Kak Ct . keje lahh untuk beberapa jam .

ahad - tengah hari kfc . petang - malam stadium . tolong ayah . sambil tengok hoki . dapat salam Shila Amzah . haha :D

isnin - keluar Jusco Kinta City tengok Snow White and The Huntsman - xoxo ! tea time dengan Kak Ct dekat Aeon pulak .

selasa - berehat , bermanja , bersantai dengan Kak Ct dekat Ombak Day Spa . hoyeahh :D pastu pegi minum petang kat Vanggey pekena Cheese Nan ngan dua gelas milo ais -.-

rabu - bergembira dengan ma dan adik adik .

khamis - xtaw lagi . harap dok umah . haha

jumaat - dating bersama superb bff idayu jalil dan farhana nadhira . :)

Friday 1 June 2012

satu june

Alhamdulillah , hari neyh genap 5 tahun untuk hari istimewa aku , kak ct n yaya .
hari apa ? hari bertudung . hewhew .
aku kan dulu free hair .
1 june 2007 tue terbukak pintu hati nak pakai tudung .
haha kelakar pulak time tue bila di ingat ingat kembali . sweet .
hoahh , benda tak dirancang . taw taw keluar bilik , aku pakai tudung . kak ct pakai tudung .
sampai KL , yaya pun pakai . miracle miracle :D syukur .
harap aku tak bukak dah tudung .
tapi ada jugak la aku bukak kekadang . haha !
sebab tue ada je aku tepek gambar kat pesbuk tak pakai tudung .
dari ipoh sampai pd kalau ma aku yang anta , memang aku tak pakai .
haihh iman iman .
moga moga di tetap kan iman aku untuk terus bertudung , amin .

Thursday 31 May 2012

terkenang .

hoi hoi hoi . baru sebulan bercuti semester . ada lagi sebulan menanti kemudian sudah praktikal . hoihh .
musim cuti sekolah neyh , ramai aku tengok orang pergi bercuti .
mak bapak bawak anak jalan jalan .
pergi bercuti sana , pergi bercuti sini .
hoahh , sumpah rindu giler aku nak rasa cenggitu :')
pergi bercuti bersama keluarga tersayang .
macam dulu dulu .
pergi penang , langkawi , pangkor .
kan best kalau dah besar neyh pun dapat camtu jugak .
kecik kecik dulu mana nak ingat . huuu
tapi mustahil sangat lahh aku nak merasai kenikmatan yang  sebegitu rupa . huhu
satu nikmat Allah dah tarik . ujian . dugaan . cabaran hidup .
tak semua manusia sempurna .
gila sebak aku baca blog blog yang pergi bercuti ngan family dorang tuu .
wuwuwu ~ over sedih !
nak jugak rasa camtu ! nak ! nak nak !
oh , mustahil mustahil mustahil ~

Tuesday 29 May 2012

W A Y A N G

memang musim cuti sekolah je melambak cite cite best kua kat wayang . time tengah tak best tu mmg satu cite pun cam hape jer . setelah sekian lama tak tengok moviee, last pun cite Mirror Mirror kott . 
huu , so ahad ritu kembali lahh semula ke panggung wayang untuk melihat cerita neyh :


sebab aku tengok cerita neyh pun terpikat masa tengok iklan dia yang ada ikan besar tue kuar kan . haha sekuel sebelum neyh memang tak tengok lahh . giler sedih cite neyh . even part sedeh tu tak sampai pun 5 minutes, tapi meleleh ok air mata aku ! giler tak sedih elok bapak dia kena tembak terus anak dia kua kete panggil apak ! apak ! hoihh , sedihhhhhhh . biasa perempuan la , jiwa sensitipp kan . ecehh , pe cite pulak yang si lelaki pun nangis sama ?? hahaha :D seronok cerita neyh . rugi gegiler ar sape tak tengok .
di sebabkan dah terjebak kembali bersama melihat cerita di pawagam je , so neyh list untuk aku tengok minggu neyh :


cerita neyh ada BELLA swan tuhh berlakon . kristen stewart yang cun giler nak mati tuhh . sangat jealous dengan kejelitaan yang dia miliki . huhu 


cite neyh aku tak sure la bila . ritu tengok macam 31 mei jugak . ke june . ntah lahh . tak pasti . haha


cerita wajib tengok neyh . ye, aku memang suka tengok cite katun plus cite yang penuh dengan fantasi yang sangat sesuai untuk orang suka berangan macam Snow White tu, Mirror Mirror, Harry Potter, Twilight . best ok . haha

erk . cite neyh maybe sebab ada Zizan kott ! haha . dulu yang first tu aku tak boleh nak tengok . sebab tak cukup umur lagi rasa nya kakak kat kaunter tiket tu cakap . haha .

tak kesah lahh , target aku tahun neyh cite neyh jerrr .


pastu tamat dah cite Twilight neyhh . huuu . pastu follow cite laen pulak . pastu terjebak lagi ngan wayang . pastu habis duit lagi . hoho .




Tuesday 22 May 2012

f r u s t

semalam 21 may . semalam hari isnin .
tepat pukul 10 pagi , result keluar .
lepas breakfast, on lappy , cek .
harapan dan impian mahu lulus jerk .
sebab ada killer subject . killer la sangat .
orang laen semua cakap senang .
orang laen senang senang dapat 4.00 .
kelas aku ? ada ke yang a ? a- ada ?
carry mark pn cam haram jadah .
tengok , aku lulus . alhamdulillah .
ok, tercapai impian nak lulus jerk -.-
tapi pointer jatuh .
jatuh sangat sangat .
jatuh merudum tergolek golek masuk lombong .
hoihh , frust . message ayah .
ayah call .
pastu ayah cakap , tue la maen maen lagi . xnak belajar betul betul .
hurmmm , mana adaaa . lecturer tu yang salah . ajar ntah pape .
then ayah bagi ayat sejuk kan hati , ok lahh . pointer 3 lagi kan .
huuu, cacat result aku subjek tuhh .
dah la tu ramai sangat yang gagal .
giler tak best .
sem 5 nanti mesti pecah kelas .
sem 5 nanti mesti tak dapat sama sama ngan kawan kawan yang best + sporting + funny + BAIK .
hurm ,
frust dari semalam tak hilang lagiii .
huaaaa , sedihhhhhhhhhhhhhhh .
dah la senggugut teruk .
saja cari masalah . haihh .
takpe lahh , sem 5 tebus balikk .
sem depan praktikal . serius takde semangat !

Thursday 17 May 2012

sentap !

hari selasa :
aku  : ayah, kat pengkalan ada funfair kan ?
ayah : a'ah .
aku : tu la . kite tengok ada membe buat status g sana . maen benda ntah . tapi yang ganas punya game la .
ayah : memang lah . takde nya kome berani nak maen . game dia pn mcm kt genting je ayah tengok .
aku : alaa, memang la tak nak maen . tapi nak jalan jalan je . jomm laaa ayah . dulu dulu punya tak pegi pun . 
ayah : nanti la . masuk dia kena 5 ringgit tak silap ayah .

hari rabu , semalam la . g makan pizza . hoyeahh . first time masuk pizza kat medan gopeng tuhh . haha .
boleh la, cantik and menarik tempat dia . masa nak balik otw nak naek kereta tu kan ,

aku : alaa, baek g makan pizza kat aeon kan . lehh singgah funfair tuhh . lupa pulakk .
dirah : tu la ko kak , tadi tak nak cakap .
aku : aku lupa lahh . ayah, bila nak g funfair tu ?
masuk dalam kereta .
ayah : tu lahh , ayah pun nak bawak ayin ngan e'eiz g situ . korang nak ikut sekali ke ?
aku : muat ke ? 
ayah : hee , tu laa .

perghhhhhhhhh . tak sentapp pulak kan aku . 20 tahun akan datang pun belum tentu budak budak tu ingat .
'ohh, masa aku umur 3 tahun, aku penah pegi funfair yang hebat lagi gahh tuu .' damn ! menciiiikkkkkkkkkkkkkkkk !

Sunday 13 May 2012

wanita hebat

salam hari ahad yang begitu tenang mendamaikan jiwa rohani serta jasmani . hee
hari ni hari ibu . saya ada ibu . bapak skema ayat 
dah tahun ni pulak la kecoh cakap hari ibu haram . kalau takde facebook la, ada ke benda ney tersebar ?
tak kesah la , benda tu bergantung niat la . nak rai kan ibu yang dah mengandung melahirkan membesarkan kita , tak kan haram lak kan ? 
memang la hari hari leh sambut hari ibu tu . 
tapi tipu la kalau ko sambut tiap hari kan kan ? tunggu hari ibu jugak kan baru nak cakap , selamat hari ibu mak !
tak ke pelik time hari pekerja tetibe nak cakap cmtu , buang tabiat apa . haha
ok lah , dikesempatan ini , huaa aku nak ucap selamat hari ibu kat ma aku , opah aku , kak ct aku :)
even aku taw dorang tak baca blog aku . haha
okayh , 
ma , terima kasih sebab dah mengandung dan melahirkan kita . kita hargai kesakitan ma semasa memberanakkan kita . huu sakit tu nak bersalin . kena jahit lagi . huhuhu
opah , special thanks sebab menjaga membesar melayan perangai gedik kita . opah je tahan ngan perangai kita :'(  opah je sabar nak layan perangai aku yang ntah pape neyh . hoho
kak ct , terima kasih di atas segala jasa yang telah ditabur kan . xtaw nk balas cmane . terima kasih jadi kawan sedih gembira suka duka ngumpat ngutuk caci . haha lebih pulak .
syukur alhamdulillah , aku dikelilingi oleh wanita wanita hebat :) 
hanya Tuhan yang taw betapa aku sayang kan dorang .
semoga ma, opah kak ct di panjang kan umur , dimurahkan rezeki , di beri kesihatan yang baik, diberi kekuatan dan kecekalan dalam menempuh kehidupan di luar sana .
semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga , amin .

Wednesday 2 May 2012

she !

sebenar nya takde idea nak taip . wink wink

cerita pasal opah lahh .

since kecik kan opah jaga , dah tentu tentu lah kasih sayang melimpah ruah .
sebab tu opah first, ayah second. hehe
jatuh bangun aku , opah ada sentiasa .
tak kan lahh dengan mudah aku nak lupa opah pulak kann.
gila la kot aku kalau buat macam tu.
insya Allah, selagi ingatan aku normal takde nya aku nak buat bukan bukan.
kadang kadang tu ntah lahh..
aku rasa aku tak perlu kott sesape nak cakap,
'kamu tu dah besar, tiba masa nya nak jaga opah atuk pulak'
macam opah aku masuk hospital dulu,
ada la yg baek hati tolong cakap, 
hah, maca kecik opah jaga , skrg kamu pulak la jaga opah.
ewahhhh, apa ingat aku zalim sangat ke nak biar opah aku kt hospital sorang sorang ??
kadang tu macam nk mintak je opah aku masuk hospital , bagi dia rehat kan.
tapi sian pulak bila fikir atuk aku. :')
opah tu segala galanya bagi aku.
tak perlu lah kot nak ingat kan aku jasa dia ke, pengorbanan dia ke apa.
bila aku hilang ingatan je aku tak ingat semua benda dia buat kat aku.
yelah, kalau aku hilang ingatan, 
boleh pulak aku ingat dia jaga aku demam?protect aku bila kena marah?bagi aku duit,tanya khabar aku masa belajar?masak untuk aku itu ini.
memang tak laa wehh.


Saturday 14 April 2012

jalan jalan jalan

hye hye .

FIRST TRIP
jalan jalan . err , tak la jalan sangat . 
huu , 

04-04-2012 : Putrajaya .


neyh kat sri perdana . gemok nye aku -.-'
dalam tempat neyh tak leh amek gambar , kat ruang neyh je yg bolehh . 
masuk je pintu utama dy , bapak ahh mewah .
sofa , langsir , siap ada lifffff .
mula la berangan kejap nak rumah cmtu .
tapi mampu pulak kann , huuu
pembaziran pembaziran semua tuu . hee
banyak sangat cenderahati yg PM kite terima .
nak tulis sangat banyak . huhehuhe


lepas balik dari sini , singgah alamanda untuk makan , zohor serta rehat .


sedang berjalan mengira bilangan kedai yang terdapat di alamanda
neyh kurus sikit -.- HAHA !

lepas tuu , pergi SPA .
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam .


tengah boring sikit masa ceramah hee
gamba neyh je ada .
yg banyak banyak kat camera laen . huu
kat sini dapat makan lagiii :D

lepas makan , bertolak balik poli .


SECOND TRIP

neyh baru jalan jalan jalan . hee

07-04-2012 KUALA LUMPUR

first, pegi Muzium Kesenian Islam .
kali kedua pegi sini .
dah berubah sikit .
ada satu sudut pasal Rasululluah S.A.W yg aku suka tu , takde .
akak yg jadi guide kitorang tu cakap sudut tu tengah renovate . huu


khusyuk dengar akak neyh cerita . haha
serius si OTT neyh paling khusyuk . 
paling setia la dengan akak neyh dari awal sampai akhir . haha


nak cakap apa ye pasal gambar neyhh hee
ney dah habis la , ngah tunggu lecturer datang untuk agenda yg seterusnya .

g makan kat kedai mamak .
air je sedap .
lauk tak rasa apa . 
dah la mahal . grr

pastu g zohor kat Masjid Negara .
lepas solat , rehat jap kat bawah tu .
menikmati pemandangan sekitar .



kaki ngah maen air -.- hehe


sangat suka gamba neyh .
sebab
background dy cantik sangat sangat . huhu
thanks ayu :')

selepas itu , pergi ke Taman Orkid untuk menghabiskan masa .
haha !
boring giler situ .
pusing pusing pastu lepak lepak je .


budak rumah . 453 girls . 
aku , ott , falsha , ayu , nisa .
sape tangkap gamba neyh ? tangkap sendiri la kan . 
sape pulak lagi nak tangkap kan . hehe

lepas tu , balik Port Dickson balikk .

tu je , bye . :D

- salam -



















Monday 2 April 2012

dinner .

hai hai hai .

dinner dinner dinner.
dua hari berturut turut .
khamis dan jumaat.
khamis makan free . tempat best .
jumaat kena bayar . tempat tak best .
haha haha

first dinner .


venue : glory beach resort , port dickson
date : 29 march, 2012

lepas makan , kena dengar 'ceramah' . haha seminar lahh
AMWAY . wootttt , mula mula kawal diri , last last terjebak jugakk !
haha
biasa perempuan kan , nafsu ada sembilann .
hee , tapi barang dia macam bagus jugak .
so , jadi ahli . beli vitamin C dia :)
for inner beauty . ecewahhh :p

okayh , second dinner .


venue : dataran pelajar politeknik port dickson
date : 30 march, 2012

hee , tema nya ARABIAN NIGHT. 
sebab tu majority nya pakai jubah . huu
makan sedapp . okayh la , puas lahh .



gambar tak okayh tapi sweet :)
kan kan kan ? ngee ~

salam .




Friday 30 March 2012

internal practical .

hai hai .

hari ni jumaat . semalam khamis . sebelum khamis , rabu .
huuuu.
rabu khamis internal practical .
uuiiit , apa tu ?
internal practical tuee , salah satu tajuk yang ada dalam subjek office administration 2.
kena buat practical dalam poli .
sebagai persediaan sebelum pergi external practical pulakk pada sem depan .

hoyeahhh , hari pertama .
ehem ehem .

cuakkk sangattt .
hari rabu , tepat pukul 7.50am , dah sampai di tempat yang telah di beri kan oleh pensyarah . 
kat mana ?
Unit Pembangunan Instruktional dan Multimedia .
sampai sampai , pegi pejabat .
bagi salam . kenal kan diri.
pastu cik ika tu suruh duduk dulu dekat sofa tu sementara tunggu yang lagi sorang datang.
masa tunggu tu sempat la berbual dengan staf staf yang ada.
tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu,
budak tu tak datang datang punn ! haihhhhhhhhhhh -.-
dah berhenti kott , abaikan je la.
pastu encik azrin bawak pegi lari . haha 
encik tu bawak g jalan jalan . tunjuk semua tempat yang ada kat unit multimedia tuu .
dah tunjuk tuu , encik azrin suruh duduk kat studio grafik dengan safiyyah sementara tunggu pensyarah datang. safiyyah tu budak poli situ jugak .
tengah buat practical situ. so, ada kawan laa.
bila encik noralimi sampai , dia bagi keje sikit . cek alat kat bilik tu .
dah habis tu, ikut safiyya buat keje rakam event , edit paparan kat skrin tv.
dah nak petang tuu , encik alimi tu suruh buat airrr.
erkk , air nescafe .
hoo , lulus ~ haha
lepas tu g balik studio grafik , duduk2 kejap pastu balik.
alhamdulillah , hari pertama berjalan dengan lancar :)


hari kedua
ehemmmmmmmmmm.

okayh, hari ney dok kat opisss jee.
sebab , takde sape yg jaga opiss . hoho
so , aku la yg jaga kan . 
cik ika takde , dorang g seminar.
keje aku hari ney angkat call . haha
maluuu -.- so tak nak cerita .
nasib hari neyh busy . banyak kerja buat.
tak la nampak duduk je kann.
memang banyak la . sampai habis keje tepat tepat pukul 5 petang . hoo
serius best sangat dapat kerja ngan Encik Siri .
siap dapat keychain lagi darii Bandungg ~
woot woot . 

harap dapat markah yang bersesuaian la kan . hahaha
takpe lahh , pengalaman :)
alhamdulillah , syukur sangat sangat kerja tak serumit yang lain .
persekitaran pun okayh .
syukur alhamdulillah .

salam.

Thursday 22 March 2012

terima kasih .

terima kasih .
terima kasih tahan dengan perangai aku .
terima kasih sanggup layan kerenah aku .
terima kasih sanggup hadap cerewet aku .

 terima kasih .
terima kasih bagi macam macam .
terima kasih belanja itu ini .
terima kasih beli kan barang .

terima kasih .
terima kasih ajar rindu tu apa .
terima kasih ajar sayang tu apa .
terima kasih ajar cemburu tu apa .
terima kasih ajar merajuk tu apa .
terima kasih ajar marah tu apa .

terima kasih atas segala gala nya .