I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 12 August 2012

j o d o h

amboii kemaen tajuk. huu. nak menghabiskan sisa sisa masa before berbuka neyh, agak rajin lahh nak search itu ini. dari tak buat apa. dah la penat nya hari ney. giler pukul 4 lebih dah rasa nak g teguk air je. haus nak mati. haha over cam budak budak baru belajar puasa pulak.
memandangkan masalah yang sedang dihadapi sekarang, sebab tue la search pasal jodoh. huehue okayh, aku jumpa artikel neyh :

Namun, yang paling tidak dapat diterima "tanpa disedari' oleh kebanyakan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.
Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memanjukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai rukun iman. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

Mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun, sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermati-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan Tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita walau apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya Tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

aku neyh pun tak la baik sangat nak cakap pasal hal agama ke apa. kang ada pulak yang cakap aku poyo bajet alim pulak kan. tapi tak salah kot aku nak share benda neyh. harap dapat bukak mata kite semua la ye. sape je la kite ney kan, manusia yang mudah alpa . lagipun sharing is caring kann :) so, benda ney peringatan untuk diri aku sendiri. iman kena kuat dalam apa jua cabaran, dugaan dan ujian yang Allah bagi.

kalau nak baca penuh, tengok kat blog dia. tekan siniii :)

Thursday 2 August 2012

entry panjang nama nya..

assalamualaikum :) huu, setelah lama tidak berblog -.- busy ? takk. cuma takde mood nak taip. kadang dah taip, tapi takde mood nk publish. eh ? haha. ok lahh, salam ramadhan. syukur Alhamdulillah, dapat berpuasa di samping keluarga tercinta..seronoknya hingga tak terkata..cuma penat sikit lah kann, sebab keje..haha macam aku sorang je keje bulan puasa neyh..takde la penat sebenarnya, tapi tahap mengantuk yang melampau lampau tu je. tersengguk sengguk aku kat opisss.

syukur Alhamdulillah jugak boss aku tak cerewet. cuma dia orang yang tersangat kemas. nama pun dia yang uruskan 5S tue kann. memang lah semua kena Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke. aku under Kaizen Office. manager cina lelaki tua. staff dua orang je. cina jugak. terbangak bangak aku bila dorang cakap cina pastu gelak menggila. cina sama cina cakap cina je. melayu je over sama melayu nak cakap omputihh. hoihh :3 tapi dorang neyh baik. setakat nak dekat sebulan neyh, yang aku nampak baik la. cakap pun lembut je. takde pun nak perintah perintah ikut suka. takde lagi la aku kena buat air teh ke kopi ke. yela, cina kan minum air masak je. deguk deguk deguk taw bunyi dorang minum. nasib bulan puasa neyh dorang sopan. hee so far, aku suka la praktikal kat sini. Alhamdulillah, setakat neyh takde masalah lah. hope biar lah sampai habis praktikal aku happy je kat sini.

yela kan, masalah kalau nak datang bukan mengira masa. elok tengah aku online fb kul 6, tup tup 6.58 aku tak boleh bukak fb dah sebab kena hack. wehh, kena hack bukan yang macam first dulu taw. gile terokk kali neyhh.

see. status pertama si hackertuihh, PLAYGIRL IS ME. hahaha ! status kedua lagi la hahahahhahaha ! setahu aku la kan, playgirl neyh selalu nya orang cun cun je. orang tak lawo macam aku neyh sape yang nak der ? lagi mau cakap playgirl. pelik aku. kenapa tak printscreen je kat inbox aku mana mana chat dengan jantan jantan yang aku panggil sayang , baby, bie, boo, anje, darling, . kenapa eh ? ohh. takde la pulak. cmane nak printscreen kan ? tu yang printscreen benda lain tu. status kedua tu kan, jenuhh sampai skrg aku dok fikir. sape la pulak yg aku rampas. aku siap tanya ayah aku lagi pakwe sape yang aku rampas. kalau betol lah ada kan, hebat jugak ehh aku. huihh, terror lah aku berjaya merampas balak orang ! haha, bodoh :D wekk!


sumpah wehh, aku terharu gilerr bila ada orang perhati aku dari sekolah lagii. waktu aku sekolah kann, aku cuma pernah libat kan diri dengan lelaki seramai 4 orang jerrrr. dari form 1 sampai lah ke form 5 uolssss. aku suka kacau laki orang ? tapi chat pilihan ? chat aku dengan laki orang ke ? dah lah benda yang kau printscreen chat dengan perempuan. yang dengan laki pulak, macam takde motif kau printscreen. haha tapi buat caption sikit gempak la kann. haih kau neyh, jangan la menyorok belakang bayang bayang aku. segan aku taww. meoww :3 kalau kau baca blog aku neyh, confirm sumpah seranah caci makian kau lemparkan kepada hamba Allah yang lemah ini kan. aww . 

huaa, bye sayangg. sedih nya mummy bila anakanda sudah pergi :(  hew hew hew . haha kelakar bila dengar meor gelak macam tuh ! bhahaha ! eh! termasuk nama meor pulak. sory sory, keadaan memaksa untuk sy masuk kan nama anda. sebab! deyy, satu fb aku dah taw taw pasal isi tersurat tersirat kandungan inbox tuhh. gilerr malu aku nak berdepan. haih, tapi malu itu sweet. agaga ~ berbulu la ko setann..dah la cakap aku playgirl, pastu cakap aku sombong. haih, playgirl salah, sombong salah. hahaha ! aku sombong sebab aku mahal. kepada orang orang yang mengata aku sombong tu, ce tegur aku dulu. aku neyh pemalu sikit nak tegur orang. haha :D takde nya aku neyh tengin sangat kalau orang baik ngan aku, aku buat taik pulak. tengin taw tengin ? macam bingung lah lebih kurang. hehek dont worry :) aku takde kuasa nak malu kan orang. please lahh, kat blog neyh pun aku hangin mengamuk pun kat mak tiri aku je. sila lah cari bukti di mana aku malu kan orang tanpa sebarang sebab. aku paling kuat menyampah pun kat orang, aku diam terus je. yela, kalau aku still nak amek taw, stalk orang yg aku menyampah tu, tak ke tu menunjukkan betapa aku sayang nya kat orang tu bukannya menyampah ?? 

takpe lahh, negara kite ada undang undang kann..terlepas kat dunia, kat kubur esok acane ? Allah Maha Adil. mana lah taww esok tetibe ko lumpuh ke, strok tak mampu nak cakap ke sampai tak sempat nak mintak maaf kat aku kann. kang tetibe ko tengah syok jalan jalan sembang ngan kawan ko pasal aib aku tetibe ko tersadung terus jadi cacat ke. kite tak tahu kan kehidupan kite. hamboii, kemain ayat kejam aku. tapi tu lahh. orang yang penah kena macam aku taw lah kot camne rasa nya. aku tak laa doa kan camtu. cuma biasa lahh, ko bagi aku pengajaran, tak kan ko tak dapat pengajaran kan ? bak kata Norish Karman dalam paper ari tu yang pasal kes gamba konon dia baru bersalin tue kn, *kemain detail. haha. ha, kan dia kata dia berserah semua nya kepada Allah. biar lah hidup dia dikutuk Allah kerana membuka aib orang. aku neyh pun tak lahh baik bebenor kan. tapi untuk buka aib orang, jatuh kan maruah orang, bagi aku manusia macam tu tersangat sangat lah keji akhlak nya..

kalau kau baca blog aku, sila lah berhubung dengan aku secara peribadi untuk aku mengetahui balak ko yang mana aku rampas, masa dan tempat nya aku sombong dengan kau, dan pada tahun bila aku malu kan ko? hehe. dah macam peraduan jawab soalan dan menang iphonggg dahh .
''
huu, ini lah padah nya bila dah lama tak menaip -.- tapii, aku nak sambung lagi. haha. semalam Alhamdulillah, rezeki dapat berbuka kat Heritage. hee, ayat cam aku yang belanja. hahaha. giler sedap lahh makanan nya. perghh. teh tarik giler kaww. berbuka kat hotel, teh tarik yang dipuji -.-''


nampak takkk ? haha. semua aku makan ok. tapi kuantiti sikit sikit la. air bermacam jenis. semua sedap. tak manis sangat, tak tawar sangat. heh, tawar pun ada sangat sangat ke. nasi briani, spagetti, nasi ayam, kambing, satay, laksa, kuih, buah, kek. banyakkk..nak upload banyak lagi gamba. tapi loading gilaa. terus aku cancel. tapi satu gamba neyh je aku nak masuk jugakk.


taraaaa ! kalau lah mak tiri aku tengok gamba neyh. hahahahahaha :D neyh pun ayah aku nak kena cakap baru nak peluk. yela, asyik gamba je tangan straight, tak pun tangan silang. bila aku cakap, ayah neyh gamba asyik cmtu je. ce peluk ke. ha, terus ayah aku buat camneyh. hee . suka sangat gamba neyh. love you ayah ! kalau ayah aku pun kuat menghadapi macam macam, kenapa aku tak boleh jadi kuat macam ayah kan ? :)


Thursday 5 July 2012

:(

nak luah kat sape pun dah tak taw . kenapa lately neyh banyak sangat benda jadi . lepas satu , satu datang . aku pun manusia biasa . sama je ada perasaan macam semua orang . kenapa sampai kisah hati aku pun nak jadi bahan mainan anda anda ye ? jealous eh eh dengan kekuatan kasih sayang aku . hewhew . tue lahh , nak cakap aku bodoh ke , perasan ke , over ke . hurm , semua benda tue ada kaitan ngan korang ke pun ? perasaan aku neyh mengganggu rutin harian sesiapa ke pun ?

kalau rasa kesian kat aku, kenapa tak terus cakap dengan aku ? kenapa mesti nak bercerita kat orang lain ? kesian ke macam tu ? oh, aku tak nak masuk campur . tak nak masuk campur ? baik diam kan je diri tue . tak kesah la nak kata aku buta ke pekak ke . yang rasa manis, pahit, pedas tu aku sorang je rasa . sikit pun aku tak sua kat korang . aku makan Ferrero Rocher . aku cakap sedap . tapi korang taw ke rasa sedap dia macam mana ? aku makan asam pedas opah aku , aku cakap pedas . korang rasa jugak ke pedas nya ? 

 ye , kebodohan dan kesilapan aku bila cerita dekat orang orang yang aku tak taw sama ada suka atau benci aku . ada kawan kawan aku yang akan cakap , aku sentiasa kat belakang ko . ada yang cakap , dari A baik B . ada yang akan cakap , sukati ko la . tapi yang sukati tu la yang begitu mengambil berat pasal aku . seyesss, habis semua dia taw . dari A-Z . aku pun pelik . aku ke dia yang berhubung neyh ??

takpe la , apa pun jadi kat diri aku . sakit cmane pun, bukan korang yang akan tanggung . jangan risau . pandai pandai aku la . yang sakit, yang jatuh , yang merana , yang kecewa . semua tu aku yang rasa . aku kecoh kecoh pun kat blog je . xpun facebook . agak agak menyampah nak baca , unfriend aku . aku tak suruh pun sape sape baca .

Tuesday 3 July 2012

nak lari jauh jauh .

kenapa la aku diuji sedemikian rupa ? apa salah aku ? kat mana silap aku ? aku rasa , aku lah manusia yang berumur 20 tahun yang paling berat sekali menanggung masalah dalam dunia neyh -.- kat sape aku nak lepas kan beban bebanan hidup neyh ? ya Allah, kenapa la badan aku tak kurus kurus jugakk . selalu , orang yang ada masalah berat, senang je kurusss . kenapa aku tak macam tuee ??? sedeyh ! masalah gemuk nya , masalah keluarga nya , masalah jiwa nya , masalah mental nya -.-' demmmmmmmmmm !

Syukur, aku masih ada orang sekeliling yang sayang aku . aku ada opah yang menjadi kekuatan aku . opah segala gala nya bagi aku . aku sayang kat opah aku :( terima kasih juga diucapkan kepada kak ct aku yang menjadi teman sahabat sejati aku . huaa . kenapa ayat aku macam ney ? just nak menunjukkan betapa penting nya 2 orang tue pada aku . 

sedikit cebisan, aku berharap bila aku dewasa kelak , aku akan menjadi seorang wanita , isteri serta ibu yang baik macam opah aku . sebising bising mana pun opah aku berleter, anak anak tetap menjadi keutamaan . sumpah aku bangga dapat opah macam neyh . kalau lah opah aku baca blog aku neyh, mesti opah aku dua kali ganda bangga dapat cucu macam neyh . haha

nak meluah kan masalah kat sini pun tak boleh jugak, membuka aib orang . tak baik tak baik . aku jadi jahat kalau nak mengutuk mak tiri aku je . haha . yee, kepada mak tiri . aku dengan rasa riak dan takbur nya nak cakap yang aku rasa aku dah jadi pemenang kepada game yang kau ciptakan . sila suruh anak anak kau menyampaikan hadiah wang tunai beserta trofi kepada aku . ^^,  huhu tapi tue la . masalah dengan kau neyh, sampai bila bila pun tak kan selesai .

ok . aku nak cakap sikit pasal masalah jiwa neyh . first time ye aku nak bukak kat sini . 
baca dengan teliti sebab aku taw kau baca blog aku . aku bahagia dengan hidup aku sekarang . aku lagi selesa bila takde terikat dengan sesiapa . anggap lah kite takde jodoh . satu hari nant, mesti kau akan jumpa perempuan yang jauh lagi baik dari aku . yang dapat sayang , cinta kau sepenuh hati . maaf, tapi jangan desak aku lagi . sebab jawapan aku sampai bila bila tetap sama . 

sekian .



Friday 29 June 2012

dah bersedia ?

yee..tinggal lagi seminggu je before aku nak start praktikal . ouhh , sangat pantas jarum jam tu bergerak gerak mengikut arah jam . masa memang lah selalu nak cemburu dengan aku . apa kena nya ntah . suka nak dengki ngan aku . time tengah feeling feeling layan perasaan gedik gedik berdating pun sama dengki jugak . cepat je dah sampai rumah balik . ce kalau aku pegi klinik kesihatan yang nak kena tunggu ramai ramai panggil ikut number giliran tue . pukul 8 sampai , pukul 11 baru settle . 3 jam tuuuu . tak pulak aku rasa cam 3 minit -.-'

gile okayhh . serius tak ready lagi nak menjalani Latihan Industri neyh . dulu masa mula mula masuk poli, tak penah pun aku terfikir nak kena ada praktikal cam gini . holaa . aku ney dah la pemalu . haha ! cmane aku nak berdepan dengan orang ? ye . keyakinan diri memang kena ada . harus kuat mental dan fizikal . tapi masalahnya, aku tak bersedia . grr

sememang nya aku rasa cepat sangat cuti sem kali neyh berakhir . dan tak semena mena aku rasa cuti sem kali neyh la yang paling kejap diantara sem sem lain . hahaha . masa awal awal cuti je aku rasa mendap giler xtaw nak buat apa . time tu memang aku rasa , ya Allah , apa aku nak buat dengan hidup aku neyh . keluar sana , keluar sini , menghabiskan duit mak bapak je. -.-  eh, harus lahh . sape lagi nak habis kan duit tu kalau bukan aku kan ? :D asyik orang lain je tolong habis kan . meh aku tolong meh . hewhew

hoihh , pape je la . aku berharap , aku okayh di masa praktikal nanti . hope takde pape masalah yang timbul hingga membuatkan aku sakit jiwa . takde yang menganggu gugat mental dan fizikal aku . ye, harapan nya semua berjalan dengan lancar . amin ~