I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 5 July 2012

:(

nak luah kat sape pun dah tak taw . kenapa lately neyh banyak sangat benda jadi . lepas satu , satu datang . aku pun manusia biasa . sama je ada perasaan macam semua orang . kenapa sampai kisah hati aku pun nak jadi bahan mainan anda anda ye ? jealous eh eh dengan kekuatan kasih sayang aku . hewhew . tue lahh , nak cakap aku bodoh ke , perasan ke , over ke . hurm , semua benda tue ada kaitan ngan korang ke pun ? perasaan aku neyh mengganggu rutin harian sesiapa ke pun ?

kalau rasa kesian kat aku, kenapa tak terus cakap dengan aku ? kenapa mesti nak bercerita kat orang lain ? kesian ke macam tu ? oh, aku tak nak masuk campur . tak nak masuk campur ? baik diam kan je diri tue . tak kesah la nak kata aku buta ke pekak ke . yang rasa manis, pahit, pedas tu aku sorang je rasa . sikit pun aku tak sua kat korang . aku makan Ferrero Rocher . aku cakap sedap . tapi korang taw ke rasa sedap dia macam mana ? aku makan asam pedas opah aku , aku cakap pedas . korang rasa jugak ke pedas nya ? 

 ye , kebodohan dan kesilapan aku bila cerita dekat orang orang yang aku tak taw sama ada suka atau benci aku . ada kawan kawan aku yang akan cakap , aku sentiasa kat belakang ko . ada yang cakap , dari A baik B . ada yang akan cakap , sukati ko la . tapi yang sukati tu la yang begitu mengambil berat pasal aku . seyesss, habis semua dia taw . dari A-Z . aku pun pelik . aku ke dia yang berhubung neyh ??

takpe la , apa pun jadi kat diri aku . sakit cmane pun, bukan korang yang akan tanggung . jangan risau . pandai pandai aku la . yang sakit, yang jatuh , yang merana , yang kecewa . semua tu aku yang rasa . aku kecoh kecoh pun kat blog je . xpun facebook . agak agak menyampah nak baca , unfriend aku . aku tak suruh pun sape sape baca .

Tuesday 3 July 2012

nak lari jauh jauh .

kenapa la aku diuji sedemikian rupa ? apa salah aku ? kat mana silap aku ? aku rasa , aku lah manusia yang berumur 20 tahun yang paling berat sekali menanggung masalah dalam dunia neyh -.- kat sape aku nak lepas kan beban bebanan hidup neyh ? ya Allah, kenapa la badan aku tak kurus kurus jugakk . selalu , orang yang ada masalah berat, senang je kurusss . kenapa aku tak macam tuee ??? sedeyh ! masalah gemuk nya , masalah keluarga nya , masalah jiwa nya , masalah mental nya -.-' demmmmmmmmmm !

Syukur, aku masih ada orang sekeliling yang sayang aku . aku ada opah yang menjadi kekuatan aku . opah segala gala nya bagi aku . aku sayang kat opah aku :( terima kasih juga diucapkan kepada kak ct aku yang menjadi teman sahabat sejati aku . huaa . kenapa ayat aku macam ney ? just nak menunjukkan betapa penting nya 2 orang tue pada aku . 

sedikit cebisan, aku berharap bila aku dewasa kelak , aku akan menjadi seorang wanita , isteri serta ibu yang baik macam opah aku . sebising bising mana pun opah aku berleter, anak anak tetap menjadi keutamaan . sumpah aku bangga dapat opah macam neyh . kalau lah opah aku baca blog aku neyh, mesti opah aku dua kali ganda bangga dapat cucu macam neyh . haha

nak meluah kan masalah kat sini pun tak boleh jugak, membuka aib orang . tak baik tak baik . aku jadi jahat kalau nak mengutuk mak tiri aku je . haha . yee, kepada mak tiri . aku dengan rasa riak dan takbur nya nak cakap yang aku rasa aku dah jadi pemenang kepada game yang kau ciptakan . sila suruh anak anak kau menyampaikan hadiah wang tunai beserta trofi kepada aku . ^^,  huhu tapi tue la . masalah dengan kau neyh, sampai bila bila pun tak kan selesai .

ok . aku nak cakap sikit pasal masalah jiwa neyh . first time ye aku nak bukak kat sini . 
baca dengan teliti sebab aku taw kau baca blog aku . aku bahagia dengan hidup aku sekarang . aku lagi selesa bila takde terikat dengan sesiapa . anggap lah kite takde jodoh . satu hari nant, mesti kau akan jumpa perempuan yang jauh lagi baik dari aku . yang dapat sayang , cinta kau sepenuh hati . maaf, tapi jangan desak aku lagi . sebab jawapan aku sampai bila bila tetap sama . 

sekian .