I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 12 August 2012

j o d o h

amboii kemaen tajuk. huu. nak menghabiskan sisa sisa masa before berbuka neyh, agak rajin lahh nak search itu ini. dari tak buat apa. dah la penat nya hari ney. giler pukul 4 lebih dah rasa nak g teguk air je. haus nak mati. haha over cam budak budak baru belajar puasa pulak.
memandangkan masalah yang sedang dihadapi sekarang, sebab tue la search pasal jodoh. huehue okayh, aku jumpa artikel neyh :

Namun, yang paling tidak dapat diterima "tanpa disedari' oleh kebanyakan orang adalah beriman dengan Qadak dan Qadar atau takdir.
Sebagai seorang Islam bergelar Muslim, kita harus memanjukan diri kita menjadi seorang Mukmin. Perkataan Mukmin bermaksud orang yang beriman. Untuk menjadi seorang yang beriman, prinsip yang paling asas adalah mempercayai rukun iman. Seterusnya mengikut garis panduan pada surah Al-Mukminun.

Mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun, sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermati-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan Tuhan.

Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita walau apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya Tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.

aku neyh pun tak la baik sangat nak cakap pasal hal agama ke apa. kang ada pulak yang cakap aku poyo bajet alim pulak kan. tapi tak salah kot aku nak share benda neyh. harap dapat bukak mata kite semua la ye. sape je la kite ney kan, manusia yang mudah alpa . lagipun sharing is caring kann :) so, benda ney peringatan untuk diri aku sendiri. iman kena kuat dalam apa jua cabaran, dugaan dan ujian yang Allah bagi.

kalau nak baca penuh, tengok kat blog dia. tekan siniii :)

No comments:

Post a Comment